PROGRAM KB…

GAMBAR-GAMBAR KELAS KOMPUTER

TEMPAT: KG AIR MUSANG

KELAS KOMPUTER KPERAK KOMUNITI BRIDZ

FASILITATOR KPERAK

REST TIME..

open to all people..

VEDIO PROGRAM KB

nyaman je perjalanan ke kg batu Ring ni…

note: hehe my bos…abg din,abg naim, zaidi bertungkus lumus menjayakan program ni…our tranner cikgu wan pun sama…xfacilitator kb hulu perak cik sha n cik ujen p jugak…..aku”cik dhila”time ni lom join lagi….hehe

B@hagianye aku dapat ajar golongan muda n tua….btuah tul warga Perak dapat program mcm ni….bukan semua negeri dapat anjuran mcm ni..free lak tu,,,,rugi kalo korang x rajin kan diri datang belajar dah la belajar free,makan pun free…semua free la…

NEW INFO BOUT KPERAK…

Sebagai usaha mempertingkat kualiti animasi tempatan, KPERAK Implementation and Coordination Corporation telah bekerjasama degan syarikat tempatan Aspati (M) Sdn Bhd, di bawah program Inisiatif Pembangunan Kandungan Multimedia Kreatif (CMC) telah menghidupkan kembali watak Keluang Man, watak hero pembela manusia sejagat yang merupakan penghuni rumah sakit jiwa.

Di bawah KPerak-Aspati Studios, siri animasi Keluang Man 2 yang menggunakan teknologi open source 3D sepenuhnya, memperlihatkan pembaharuan yang menarik serta kesungguhan KPERAK INC didalam merealisasikan aspirasinya untuk memajukan negeri Perak sebagai sebuah pusat teknologi maklumat terunggul dengan memfokuskan salah satunya kepada perkembangan multimedia kreatif dan animasi.

Majlis pelancaran produksi animasi Keluang Man 2 telah diadakan di Bangunan Perak Techno Trade Center pada hari ini dan telah disempurnakan oleh Y.Bhg Dato Nordin Bin Yaacob, Ketua Pegawai Eksekutif KPerak Implementation and Coordination Corporation.

Turut hadir ialah Pengarah Urusan Aspati Sdn Bhd, En Hishamudin Mohd Amin dan Pengarah Projek, Encik Faharul Radzi.

Siri animasi Keluang Man muncul di kaca televisyen tempatan pada tahun 1998. Produksinya diberhentikan pada sekitar tahun 2000. Sungguhpun edisi awal rancangan animasi Keluang Man memperlihatkan kekurangan dari segi perkembangan watak, story board aksi dan yang paling utama, rekaan animasinya yang pada ketika itu menggunakan teknologi 2D, siri ini telah meninggalkan kesan yang mendalam di hati penonton sehinggakan ianya diulang tayang di TV9 pada tahun 2008.

Dalam ucapan perasmiannya, Dato’ Yaacob berkata, kerjasama KPerak dalam pembikinan siri animasi Keluang Man 2 merupakan bukti yang nyata bahawa Negeri Perak Darul Ridzuan amat komited untuk membangunkan industri ICT dan multimedia dan menjadikan MSC Cybercentre @ Meru Raya sebagai Centre of Excellence for Creative Content Development.

Katanya, industri animasi ini mempunyai potensi yang cukup besar dalam menyediakan peluang-peluang pekerjaan dan pastinya akan menjadi antara industri terpenting pada abad ini dan pada masa hadapan.
Pelancaran produksi animasi Keluang Man II merupakan satu langkah yang diharap menjadi pemangkin ke arah perwujudan kepakaran tempatan dalam industri animasi di Negeri Perak Darul Ridzuan yang bukan sahaja kreatif, mahir tetapi boleh diketengahkan di peringkat antarabangsa, katanya.

Menurut beliau, di bawah Inisiatif Pembangunan Multimedia Kreatif atau Creative Multimedia Content (CMC) dirangka oleh KPerak INC Corporation, industri multimedia kreatif sebagai salah satu subjek utama yang bakal menyumbang kepada pembangunan ekonomi Negeri Perak Darul Ridzuan dan akan melahirkan banyak peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Beliau juga menyarankan supaya ibu bapa membuka minda dan memberikan galakkan kepada anak-anak mereka yang berbakat dalam bidang seni lukisan dan animasi untuk meneroka bidang yang mempunyai potensi yang besar ini.

Pemikiran kita seharusnya berkembang seiring dengan perkembangan zaman. Terdapat pelbagai peluang-peluang baru untuk anak-anak kita. Kita sebagai ibu-bapa harus memberikan kebebasan dan galakan sepenuhnya kepada anak-anak kita untuk merebut peluang-peluang tersebut.

Menurut beliau lagi, inisiatif pengenalan kepada industri animasi di Negeri Perak Darul Ridzuan akan disusuli dengan pelbagai lagi inisiatif-inisiatif lanjutan bagi memperkukuhkan lagi sektor berkenaan di negeri Perak.

KPerak INC Corporation, dengan bantuan kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan akan berusaha untuk melahirkan animator-animator yang berkebolehan dan berdaya saing tinggi seterusnya memastikan Negeri Perak Darul Ridzuan diangkat sebagai salah satu hub animasi terulung dunia.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s